

Jangan Terlepas Mesyuarat Lagi
Ikut jadual menggunakan app ini.
Terlalu banyak mesyuarat dalam kalendar anda? Berikut ialah barisan app yang wajib ada supaya anda sentiasa mengikut jadual.
In Your Face
In Your Face memberikan anda pemberitahuan mesyuarat dalam saiz skrin penuh yang pasti dilihat dan tidak dapat diabaikan. Malah, anda boleh menyertai mesyuarat dalam talian terus dari peringatan itu juga.

Meeter
Lihat mesyuarat anda yang seterusnya dalam bar menu—dan jika ia berlangsung secara dalam talian, sertainya dengan satu klik. Semak jadual akan datang anda dan URL mesyuarat yang paling sering digunakan dalam menu app ini.

Fantastical
Tambahkan peristiwa ke kalendar anda dengan hanya menghuraikannya ("Mesyuarat pasukan Selasa depan pada 3 petang."). Lihat jadual akan datang anda—dan sertai mesyuarat dalam talian—melalui penjejak peristiwa app yang sentiasa tersedia, atau uruskan kalendar anda dalam tetingkap kalendar tradisional Fantastical.

Clocker
Elakkan kesilapan zon waktu dengan meletakkan jam antarabangsa dalam bar menu; tunjukkan berbilang zon waktu dan peristiwa akan datang anda dalam menu app.
