APP DITAMPILKAN

Cara Pantas untuk Menulis Blog

MarsEdit 4 membantu anda, berterusan menulis blog dengan mudah.

Dengan MarsEdit 4, anda boleh mengemas kini berbilang blog merentas platform pengehosan berbeza dengan menggunakan hanya satu penyunting yang mudah. Anda tidak perlu mengingati fungsi khusus pada antara muka WordPress dan Tumblr. Di samping itu, anda juga tidak perlu lagi menggunakan penyunting berasaskan web yang ketinggalan. Disebabkan MarsEdit beroperasi secara bertumpu dalam Mac anda, anda boleh mengarang entri yang kompleks—malah boleh disertakan dengan imej dan format teks yang pelbagai—sejurus selepas idea tercetus di minda.

App MarsEdit 4 juga sesuai dengan penulis yang mengejar masa kerana app ini menyediakan kekunci pintas yang sangat membantu. Di samping kekunci pintas standard seperti untuk menebalkan dan mencondongkan tulisan (Command-B dan Command-I), MarsEdit 4 juga menawarkan fungsi penambahan imej (Shift-Command-I) atau fungsi pratonton (Shift-Command-P). Anda juga boleh mencipta kunci pintas tersendiri untuk pelbagai jenis arahan, daripada menambah senarai tersusun hinggalah Tajuk 1.

The intuitive editor (left) puts all your options in reach and offers a real-time preview of each post.

Versi terkini MarsEdit 4 menambah sambungan ke Safari yang boleh menukarkan artikel yang sedang anda baca kepada permulaan siaran blog. Pilih sahaja teks pada mana-mana laman web dan klik ikon roket pada bar alat Safari; MarsEdit 4 akan mencipta entri baharu dengan tajuk, pautan dan pilihan anda sebagai blok petikan. Tambah ulasan anda, pilih tempat untuk menyiarkan karya penulisan itu dan klik Send to Blog.

MarsEdit 4 serasi dengan semua platform pengehosan utama—WordPress, Blogger, Tumblr, TypePad, Movable Type dan banyak lagi. Disebabkan anda boleh mengarang walaupun di luar talian, anda boleh menulis siaran yang penuh dengan wawasan mendalam untuk penonton di Internet tanpa perlu bersambung dengan internet dahulu.