APP DITAMPILKAN

#MatlamatPenulisan

Ulysses membantu penulis dengan ciri produktiviti terbaharu.

Sesetengah daripada kita rasakan bahawa penghasilan idea bukanlah peringkat paling sukar dalam penulisan buku. Begitu juga dengan menghasilkan penutup cerita yang hebat. Tetapi ramai antara kita tidak sedar bahawa menulis kandungan cerita merupakan perkara yang amat sukar bagi setiap penulis. Hal ini kerana ribuan perkataan perlu disusun dan ditaip menjadi perenggan dan cerita yang sempurna. Walau bagaimanapun, masalah ini tetap boleh ditangani dengan mengubah tabiat penulisan anda. Cadangan kami: letakkan sasaran harian dan sempurnakan tugasan anda mengikut hari.

Ulysses, sebuah app yang tampak ringkas tetapi mempunyai ciri yang pelbagai untuk membantu anda terutamanya dalam bidang penulisan. Antara ciri yang kami ingin kongsikan ialah, Goal: ciri yang akan membantu anda menyempurnakan matlamat penulisan anda mengikut hari.

"Goal membenarkan anda menetapkan matlamat setiap hari yang kemudiannya akan menjadi tabiat penulisan anda," kata pengasas bersama dan pembangun kanan Ulysses, Max Seelemann. "Mungkin anda patut bermula dengan meletakkan sasaran yang tidak begitu tinggi bagi memudahkan anda menyempurnakannya."

Selesaikan tugas tanpa perlu tergesa-gesa. Letakkan matlamat bagi setiap dokumen agar proses penulisan anda berjalan lancar.

Dengan Ulysses, anda boleh meletakkan matlamat ke satu dokumen tunggal (Sheet) atau sebilangan dokumen (Group).

Dalam Sheet, mulakan langkah ini dengan membuka dokumen baharu Sheet. Kemudian klik Edit > Attach > Goal. Pilih sasaran karakter, perkataan, ayat, perenggan, baris, dan muka surat yang ingin anda tulis. Akhir sekali, tetapkan tarikh akhir bagi tugasan tersebut. Dalam proses penulisan anda, app ini akan sentiasa memberikan maklum balas berkaitan kemajuan anda dalam mencapai matlamat yang anda telah tetapkan dan dengan penggunaan iCloud, matlamat anda boleh disegerakkan dengan peranti yang lain.

Lebih banyak anda tulis, lebih tinggi kemajuan anda (skrin kiri). Tab History akan merumuskan rutin penulisan anda dari semasa ke semasa.

Terdapat juga ciri tambahan untuk Group. Klik kanan pada Group dan pilih Goal; sini anda menetapkan sasaran merentasi berbilang Sheet untuk setiap hari. Di sini juga, anda boleh mengakses History, yang akan menunjukkan purata perkataan yang anda tulis mengikut hari, jumlah terbanyak anda dalam sehari, jumlah perkataan dalam seminggu atau analisis graf berkaitan penulisan anda.

Banyak lagi fungsi yang akan dikeluarkan. "Pengguna kami sentiasa mengemukakan idea baharu, seperti pemberitahuan kejayaan atau menggunakan Apple Watch untuk menjejak kemajuan mereka," ulasnya lagi. "Fungsi Goal kebiasaannya kelihatan hambar, tetapi fungsi ini sebenarnya menambah keseronokan pada kerja yang membosankan."