APP DITAMPILKAN

Gabungan Susunan Perkataan

Tulis dan susun projek panjang anda dengan Scrivener.

Scrivener 3 terletak di tengah-tengah antara pemproses kata dan pembantu penulisan di dunia nyata. Selain daripada handal mengatur segunung nota kajian dan draf (pastinya, dalam pelbagai peringkat), ia direka untuk benar-benar membantu menukar skrip, tesis kedoktoran, novel atau autobiografi terperinci menjadi lebih berfokus. Ayuh, lihat sepintas lalu bagaimana ia berfungsi.

Asingkan semuanya
Tidak seperti pemproses kata yang biasa, Scrivener memang dibina bertujuan untuk penulisan bentuk panjang. Ia membenarkan anda melompat ke sana sini dengan mudah dalam ruang lingkup hasil kerja hebat itu, serta memecahkannya menjadi beberapa bahagian yang anda boleh menulis mengikut apa jua susunan sekali pun. Apabila anda sudah bersedia untuk menilai keseluruhan projek, Scrivener 3 menggabungkan semua bahagian ke dalam satu dokumen kemas dengan mudah.

Panel berbilang menyediakan akses sekali imbas terhadap alatan menulis hebat Scrivener.

Tingkatkan melalui bar
Binder merupakan alatan mengatur berkuasa Scrivener yang berfungsi di sebelah kiri skrin. Di sinilah anda membina struktur dan plot hasil kerja anda dengan membuat bahagian, setiap satu dengan dokumennya sendiri atau pelbagai dokumen. Untuk menyimpan sumber rujukan yang bertimbun (foto, video, rakaman suara, PDF dan banyak lagi) di satu tempat, seret fail itu terus ke dalam fail Research pada Binder.

Bergelut dengan tulisan
Apabila anda siap mengkaji dan berfikir secara menyeluruh, mulalah menulis dalam Editor dan Inspector. Taip isi kandungan utama kerja anda dalam Editor (anda dapat menukar antara format biasa atau penulisan skrip). Inspector pula ialah bahagian yang mengandungi komen dan nota kaki anda. Apabila anda perlu fokus, klik View > Enter Composition Mode bagi menyembunyikan Binder dan Inspector seterusnya memaparkan versi skrin penuh Editor, supaya tiada yang mengganggu anda daripada perkataan seterusnya.