Anda seorang detektif yang kehilangan lencana, pistol dan memorinya—dan terdapat mayat di belakang hotel murah tempat anda terjaga. Siapakah diri anda? Apa yang berlaku? Dan di mana seluar anda?
Soalan-soalan itu sekadar permulaan bagi Disco Elysium, permainan main peranan yang pernah memenangi anugerah padat dengan penulisan yang mantap dan jalan cerita yang imaginatif (dan matang!). Disokong oleh visual berlatarkan lokasi menakjubkan—seperti bar yang disimbahi lampu-lampu disko dan reruntuhan yang musnah dek peperangan—peminat RPG pasti berminat dengan kes ini.

Aturkan sendiri kisah latar anda sambil mengejar petunjuk dengan teman sampingan yang tegas. Tanya diri anda: Kemahiran yang boleh dinaik taraf membantu proses pemikiran anda dengan fakta rawak, maklumat menarik dan pilihan dialog berguna. Dengan mengelak daripada pertempuran untuk pertumbuhan berasaskan persona, ia sesuatu yang inovatif bahkan menarik.
Sebagai contoh, meningkatkan kemahiran Drama dapat membantu anda mengesan penipuan (dan mencipta penipuan sendiri), sementara meningkatkan statistik Suggestion membolehkan anda menanam idea dalam fikiran orang lain. Lebih gemar pendekatan guna tangan? Tingkatkan kemahiran Physical Instrument untuk memecahkan pintu dan menggertak suspek.

Adakah anda akan menjadi detektif yang mudah disenangi, menguruskan kes-kes amal dan mempertahankan bangsa yang tertindas? Atau adakah anda akan menelusuri jalan bersalji dan membebel tentang hari kiamat? Disco Elysium memberikan anda kebebasan untuk menjadi aneh—dan menakjubkan—mengikut kemahuan anda.