PERMAINAN DITAMPILKAN

Nikmati Udara Mendamaikan

Luncur merentasi dunia Alto's Odyssey yang indah.

Bagaimanakah anda mencipta sebuah susulan yang seindah Alto's Adventure, permainan meluncur salji yang pernah mendapat pelbagai anugerah ini?

Nikmati pemandangannya yang indah, aksi-aksi menuruni bukit dan aksi libas belakang yang mempesonakan—dan jadikannya lebih hebat.

Selamat datang ke dunia Alto's Odyssey yang indah dan besar.

Alto's Odyssey—dengan 180 cabaran untuk diatasi serta watak-watak baharu untuk dibuka—mempunyai skop yang lebih meluas berbanding Alto's Adventure. Kini anda boleh memilih laluan sendiri, dan memperoleh lebih banyak wang dengan laluan yang lebih berisiko. Anda boleh melantunkan diri di atas belon udara panas, contohnya, dan mendapat ganjaran yang setimpal. Atau anda boleh menguasai seni mendaki tembok yang baru diperkenalkan.

Jika anda hanya mahu menikmati landskap padang pasir yang indah, (Alto's Odyssey menggantikan salji Alto's Adventure dengan pasir), cubalah mod Zen, yang tidak akan menampilkan skrin game-over. Apabila Alto terlanggar sesuatu, dia akan berundur sedikit dan teruskan perjalanan.

Sejukkan diri sebentar selepas meluncur pasir.

Alto's Odyssey mempunyai kawalan yang mudah dikuasai seperti permainan sebelum ini—pilihan yang terbaik, menurut Eli Cymet, sebahagian daripada pasukan di sebalik permainan ini.

"Sebarang input baharu akan menjadikan permainan ini lebih sibuk dan kelam-kabut," ujar beliau. "Kami berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ciri-ciri tentang permainan Alto yang disukai oleh para pemain—terutamanya suasana yang mendamaikan."