APP DITAMPILKAN

Tingkatkan Produktiviti Anda

Microsoft OneNote ialah lebih daripada sekadar app mencatat nota.

Microsoft OneNote ialah lebih daripada sekadar sebuah buku nota digital—ia katalog sehenti bagi nota, buah fikiran, coretan, catatan inspirasi, tulisan jurnal rawak dan mungkin juga lakaran haiwan kesayangan anda.

Berikut merupakan beberapa cara app ini boleh membantu anda memaksimumkan produktiviti anda.

Campurkan teks, imej dan coretan anda sendiri dengan sewajarnya.

Catat apa jua jenis nota

Catat nota dalam kelas sejarah. Masukkan gambar resipi atau kulit buku. Rakam suara anda mengalunkan irama yang anda mahu bawakan ke GarageBand nanti. Microsoft OneNote mampu mengendalikan semua format ini.

Lindungi nota

Microsoft OneNote memberikan anda pilihan untuk mengawal nota-nota anda dengan kata laluan atau Touch ID, memastikan hanya anda seorang saja yang boleh mengakses idea baharu hebat anda untuk podcast atau francais adiwira anda.

Selaraskan nota di mana jua

Microsoft OneNote diselaraskan pada Microsoft OneDrive, jadi, jika tercetus inspirasi semasa anda sedang berehat di atas sofa, anda boleh mencatat idea hebat itu pada iPhone anda, dan idea itu akan berada pada Mac anda apabila anda membuka app tersebut.

Dengan ciri Sidecar dalam macOS, anda boleh menganotasi nota dengan menggunakan Apple Pencil.

Catat nota dengan rakan

Anggaplah Microsoft OneNote sebagai sebuah buku nota yang boleh diakses oleh semua rakan atau ahli sepasukan anda sekali gus. Alatan kolaboratifnya memudahkan semua orang untuk menyumbang kepada senarai membeli-belah, projek sekolah atau undangan majlis pada masa yang sama.

Bentukkan bentuk anda

Anda tidak perlu lagi berasa tertekan tentang melukis bentuk geometri yang sempurna; ciri Convert to Shapes (Tukar kepada Bentuk) boleh mengubah bentuk bujur menjadi bulatan yang sempurna.

Semua ini disertakan bersama langganan Microsoft 365 anda. Semestinya satu maklumat penting yang perlu anda catatkan.