Microsoft To Do yang dihasilkan oleh pasukan di sebalik app Wunderlist ini merupakan app tugasan yang berpersonaliti.
Banyak yang boleh disuaikan di sini. Gunakan gambar berinspirasi sebagai imej latar belakang. Tambahkan ikon pada setiap senarai. Terdapat juga bunyi yang menyenangkan apabila anda menandakan item itu. (Anda boleh mematikan bunyinya, tapi mungkin tidak perlu, bukan?)

Walaupun Microsoft To Do begitu mudah dan ringkas (untuk membuat senarai, hanya klik pada tanda tambah), app ini juga boleh menepati jiwa anda yang gemarkan keterperincian. Klik pada satu tugasan untuk menambahkan subtugasan, peringatan, fail dan nota tambahan. Selain itu, anda boleh menambahkan tarikh akhir atau menjadikan tugasan itu berulang—paparan lalai Hari Saya lalai hanya akan menunjukkan perkara yang memerlukan perhatian anda pada waktu itu sahaja.
Microsoft To Do dapat berfungsi dengan lancar bersama Peringatan dan Siri. Untuk menetapkannya, pergi ke Keutamaan Sistem > Akaun Internet dan klik Exchange untuk memasukkan maklumat log masuk Microsoft Exchange atau Outlook.com anda. Kemudian, buka app Peringatan dan pilih akaun baharu anda daripada Peringatan > Senarai Lalai. Sekarang, apabila anda kata "Hei Siri, ingatkan saya untuk mengambil baju cucian kering daripada dobi," nota itu akan diselaraskan secara automatik ke Microsoft To Do.