MARI BERMULA

Bermula dengan PowerPoint

3 petua—dan kesulitan biasa untuk dielakkan.

Terdapat kesenian untuk menghasilkan pembentangan Microsoft PowerPoint yang berinformasi dan menarik. Mujurlah dengan app ini, ia membantu anda melakukan semua tugasan sukar apabila mereka pembentangan.

Namun dengan kuasa yang besar, maka tanggungjawab yang perlu dipikul juga lebih berat. Terdapat tiga ciri yang patut dicuba oleh setiap pengguna baharu—dan kesulitan biasa yang boleh dielakkan apabila menggunakannya.

1. Memanfaatkan templat (tapi mendalami salah satu sebagai permulaan)

Microsoft PowerPoint menawarkan barisan templat yang direka dengan cantik (pilih File > New from Template). Setiap satunya melibatkan rekaan berbilang slaid (yang disebut oleh Microsoft PowerPoint sebagai slaid utama) dengan fon saiz lalai, susun atur teks, dan ruang yang pelbagai untuk meletakkan imej serta kandungan lain.

Untuk kelihatan seperti seorang pro: Bermula dengan templat ringkas dan pelajari selok-beloknya sebelum beralih ke templat yang seterusnya. Banyak yang boleh diteroka dalam setiap templat.

Rekaan ringkas dengan transisi mudah sering kali lebih efektif berbanding pembentangan yang berlebih-lebihan.

2. Tambahkan visual (tapi jadikan ia lebih bermakna)

Setiap slaid baharu menawarkan butang mudah yang membolehkan anda menambah jadual, carta, imej, video, dan bentuk. Anda juga boleh menambah SmartArt Microsoft PowerPoint, yakni sebuah barisan grafik sedia cipta yang berguna—fikirkan tentang gambar rajah Venn dan carta aliran—untuk proses mengilustrasi dan hubung kait.

Untuk kelihatan seperti seorang pro: Selangkah demi selangkah. Walaupun anda berasa tidak sabar untuk memuatkan slaid dengan visual, pastikan apa jua yang anda tambah berfungsi untuk menerangkan idea anda. Hiasan berlebihan akan mengganggu dalam penyampaian mesej anda.

3. Gunakan transisi (tapi lakukannya dengan berpada-pada)

Transisi—peralihan beranimasi dari satu slaid ke slaid yang lain—seperti mengambil nafas sekejap. Ia kurang mengejutkan berbanding pertukaran secara mendadak dan dapat memberikan peluang kepada audiens anda untuk menghadam maklumat yang anda sampaikan.

Menambahkan transisi adalah mudah: Klik tab Transitions, pilih slaid dalam bar sisi yang anda ingin masukkan transisi, kemudian pilih satu kesan. Anda tak akan pernah tersilap dengan transisi asas Wipe—ia adalah klasik!

Untuk kelihatan seperti seorang pro: Kekal pada satu jenis transisi sepanjang pembentangan anda daripada menggunakan transisi berbeza pada setiap slaid. Usah risau tentang meletakkan transisi sehingga anda melengkapkan pembentangan slaid; anda boleh melakukannya sekali gus.