Anda boleh memadankan AirPods, Powerbeats Pro, dan banyak lagi fon kepala Bluetooth yang lain dengan Mac, iPhone, dan iPad anda secara serentak. Namun, sebaik sahaja ia dipadankan, menukar penyambungan audio aktif dari satu peranti ke peranti yang lain selalunya memerlukan anda untuk pergi ke tetapan.
ToothFairy membolehkan anda melakukannya dengan satu klik atau ketikan sahaja.
Setelah anda memadankan fon kepala anda dengan Mac, ToothFairy meletakkan ikon di bar menu Mac, di mana anda boleh klik untuk menjadikan Mac anda sebagai sumber audio fon kepala anda.

Walaupun ToothFairy mudah digunakan, ia akan dapat menarik pengguna tegar. Jika anda memiliki berbilang fon kepala dan pembesar suara Bluetooth, tambahkan ikon bar menu bagi setiap satu peranti, kemudian tugaskan pintasan papan kekunci untuk menyambung dan memutuskan dengan lebih pantas. Anda juga boleh memaksa macOS untuk menggunakan audio berkualiti tinggi (akan tetapi, anda tidak akan dapat menggunakan mikrofon terbina dalam fon kepala anda; anda perlu menggunakan mikrofon yang terbina dalam Mac anda).
Mac anda boleh menjalankan skrip apabila peranti tertentu disambungkan. Sebagai contoh, anda mungkin mahu mengatur senarai lagu secara automatik apabila anda menyambungkan Powerbeats Pro ke Mac anda.
Jika anda masih ingat kisah silam fon kepala Bluetooth, ToothFairy mungkin ibarat satu keajaiban. Namun, ia bukanlah satu mitos.
Nota: Apabila anda memadankan AirPods atau fon kepala Beats terkini dengan Mac, iPhone, atau iPad anda, fon kepala akan dipadankan secara automatik dengan semua peranti lain yang didaftar masuk dengan akaun iCloud yang sama. Bagi fon kepala yang lain, anda mungkin perlu memadankan dengan setiap peranti secara individu.