MARI BERMULA

PowerPoint Kini Lebih Mudah

Ciri baharu PowerPoint uruskan pemformatan, jadi anda boleh fokus pada hal lain.

Persembahan dengan reka bentuk yang menarik lebih penting daripada sekadar nampak cantik. Seharusnya, ia mencuri perhatian khalayak ramai, menunjukkan hierarki maklumat dan meningkatkan kesan emosi terhadap idea yang anda mahu sampaikan.

Tidak mudah untuk membina slaid yang merangkumi semua itu, tetapi ciri Microsoft PowerPoint baharu yang bernama Designer, dikuasai oleh Office Intelligent Services daripada Microsoft 365, dapat membantu anda. Dilakar berdasarkan nasihat daripada pereka-pereka cipta profesional, mereka mencadangkan pelbagai reka letak berdasarkan isi kandungan khusus untuk setiap slaid.

Hanya masukkan foto ke dalam slaid dan panel Design Ideas akan terbuka dengan beberapa pilihan rekaan. Contohnya, Designer mungkin dapat mengenal pasti subjek imej dan memberikannya tempat utama pada slaid; atau ia mungkin dapat mengenal pasti warna menarik daripada foto dan menggunakannya pada garisan, kotak atau elemen lain. Klik pilihan kegemaran anda dan slaid akan dikemaskinikan dengan segera.

Designer bukan sahaja terhad untuk foto. Ia juga menyediakan cadangan berupa teks, senarai dan tarikh. Contohnya, ia boleh mengenal pasti tarikh dan format tarikh tersebut ke dalam garis masa secara automatik atau mengimbas teks anda menjadi cadangan ikon yang relevan. Hanya untuk menambah isi kandungan anda pada slaid, klik Design di toolbar dan pilih opsyen Design Ideas.

Anda akan mendapat banyak reka letak untuk dipilih, jadi ia membolehkan nilai estetik anda bersinar. Oleh sebab pasukan PowerPoint sentiasa mengemas kini perkhidmatan ini, cadangan-cadangan yang diterapkan tampak baharu dan menggabungkan amalan terbaik terkini. Ini bermakna anda boleh menumpukan perhatian pada perkara yang paling penting dalam persembahan anda: iaitu idea.

Langganan Microsoft 365 anda memberikan anda akses penuh kepada semua app dan ciri Microsoft 365 merentas mana-mana platform. Untuk melanggan, daftar masuk ke dalam mana-mana app 365 dan naik taraf.