Microsoft Word dapat melakukan lebih daripada sekadar memformatkan resume anda menjadi sempurna—ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui cara paling optimum untuk menyusun ayat dengan menggunakan data masa nyata daripada LinkedIn.
Resume Assistant (Pembantu Resume), disertakan bersama dalam langganan Microsoft 365, akan mengimbas resume anda untuk jawatan terkini, kemudian mengeluarkan data tanpa nama dari profil umum LinkedIn untuk menunjukkan kepada anda cara orang lain yang mempunyai jawatan yang serupa menerangkan peranan mereka. Perkara ini memudahkan kerja mengesan trend yang relevan. Contohnya, anda mungkin perasan kata kunci tertentu mendapat tarikan dalam bidang anda atau sebilangan besar orang yang menyertakan statistik khusus dalam resume mereka—serta menerapkan gaya tersebut dalam resume anda.
Resume Assistant merupakan ciri bahasa Inggeris. Untuk menggunakannya, bahasa paparan dalam Word mesti ditetapkan dalam bahasa Inggeris.

Anda juga akan dapat melihat kemahiran paling dikehendaki bagi jawatan anda (cara mudah untuk memastikan anda tidak tertinggal sebarang maklumat penting) dan memeriksa untuk memastikan anda menggunakan konvensyen penamaan paling popular bagi kemahiran yang anda senaraikan (kini ia amat penting kerana ramai perekrut mengimbas resume untuk mencari kata kunci).
Anda boleh menjuruskan hasil cariannya mengikut industri atau kemahiran paling penting. Dan jika anda ingin menukar kerjaya, cari nama jawatan yang berbeza.
Tetapkan langkah anda seterusnya
Sebagai bantuan tambahan, layari pautan Resume Assistant untuk mendapatkan rencana LinkedIn yang berguna berkenaan topik seperti perkara yang patut dielakkan semasa mencari kerja, amalan terbaik untuk dipertimbangkan sepanjang pencarian pekerjaan anda dan juga senarai pekerjaan yang mungkin menarik minat anda.
Sebaik sahaja anda sedia untuk ditemu duga, pergi ke bahagian bawah tetingkap Resume Assistant untuk memberitahu perekrut bahawa anda terbuka untuk peluang baru.
Untuk memulakannya, buka resume anda dalam Microsoft Word (versi 16.3 atau yang terkini) atau hasilkan templat resume baharu. Capai langkah ini dari reben dengan mengklik pada Review, kemudian klik pada ikon Resume Assistant di hujung sebelah kanan, untuk menulis semula resume anda dari awal melalui pendekatan berpandukan data.
Langganan Microsoft 365 anda memberikan anda akses penuh kepada semua app dan ciri Microsoft 365 merentas mana-mana platform. Untuk melanggan, daftar masuk ke dalam mana-mana app 365 dan naik taraf.