GAMES WE LOVE

Teka-teki yang Menarik

Merungkai cabaran yang menguji minda The Witness.

The Witness satu pengembaraan teka-teki bukan tradisional sarat dengan cabaran menguji minda, menghidupkan dunia yang mendalam dan amat mengagumkan. Berikut ialah sebab mengapa kami menganugerahkan Pilihan Editor kepada permainan dengan tempoh panjang ini.

Misteri
Anda bersendirian di sebuah pulau dengan panel teka-teki elektronik di semua tempat. Tidak pasti apa yang sebenarnya sedang terjadi? Hadapinya sahaja. Merungkai misteri ialah sebahagian daripada keseronokan permainan ini.

Keindahan
Perairan biru yang berkilauan. Pantai yang mendamaikan. Tumbuh-tumbuhan menghijau. Dunia The Witness kelihatan seperti syurga, namun dunia itu menyembunyikan kegelapan yang menghantui segala-galanya.

Kebebasan
The Witness tidak mempunyai tutorial, peta mahupun gesaan pada skrin. Tetapi anda akan semakin memahaminya ketika anda melalui persekitaran dan cabaran yang direka dengan penuh teliti. Jika anda tidak berjaya, usah gentar. Terus mencuba teka-teki yang lain. Kebebasan untuk meneroka akan menambah lagi pengalaman anda.

Pengertian
Semakin anda menjelajah jauh di pulau ini, beberapa teka-teki yang anda hadapi mungkin kelihatan rawak. Lambat-laun, anda akan mendapati bahawa peletakan dan rekaan ini memang disengajakan, berlapis dan selalunya berhubung kait. Lihat jika anda mampu membongkar rahsia disebaliknya.