

Main Dengan Pengawal Permainan
Temukan dan sambungkan peranti yang serasi.
Berminat untuk bermain permainan di App Store dengan alat kawalan? Anda akan menemui sokongan alat kawalan disenaraikan pada halaman produk permainan jika alat kawalan tersebut serasi, dan dalam sesetengah kes, pembangun permainan mungkin mencadangkan penggunaan alat kawalan untuk mendapatkan pengalaman terbaik.
Untuk bermain, anda perlu memasangkan alat kawalan dengan peranti Apple anda melalui Bluetooth atau port Lightning, bergantung pada alat kawalan yang anda gunakan. Untuk senarai penuh alat kawalan yang serasi dan arahan langkah demi langkah bagi bersedia untuk bermain, semak laman Sokongan Apple untuk semua butiran.
Selepas menyambungkan alat kawalan anda, terokai lebih banyak pilihan penyesuaian kawalan dengan pergi ke Seting > Umum > Alat Kawalan Permainan dan tambahkan profil anda, yang termasuk input pilihan untuk mengambil tangkapan skrin dan merakam video permainan.
Jika anda belum mempunyai alat kawalan, anda boleh melihat pilihan di bawah.
Bagi mendapatkan lebih banyak permainan hebat untuk dicuba dengan alat kawalan, layari cadangan ini.