GAMES WE LOVE

Memerang yang Comel

Terus menyelam untuk melindungi laut dan mencari harta karun.

Memerang memang terkenal dengan kecomelannya, terutama sekali apabila ia terapung secara menelentang. Namun, haiwan ini bukan sekadar comel—selama berabad-abad, memerang telah bekerjasama dengan manusia untuk menangkap ikan.

Dalam Otter Ocean, haiwan akuatik ini menyelam ke dalam laut, kali ini untuk mencari harta karun. Bantu memerang menjadikan dunianya lebih indah untuk didiami, dan mungkin boleh menjadi tempat khas untuk anda beristirahat.

Create a true otter sanctuary.

Menyelam ialah tugas yang meletihkan, jadi pastikan memerang anda dijamu dengan makanan kegemaran sebelum setiap selaman, seperti kima, sardin dan sotong kurita. Memerang akan menyelam untuk mencari barang seperti rakit buluh, delima dan kulit kerang. Kadangkala, ia mungkin akan menyelamatkan memerang baharu dan menjemputnya ke rumah.

Penuhi keperluannya untuk memenuhi bar persahabatan, dan anda akan menerima ganjaran pelbagai jenis mainan serta gambar rakan gebu anda yang comel. Lihatlah gelagatnya dengan bola boling itu. Comelnya!

Sertai si comel ini dan bantu melindungi rumahnya dalam Otter Ocean.