Tidak kira jika anda sedang mereka laman web, mencipta app atau menghalusi ilustrasi, Pastel meletakkan palet warna yang sama di hujung jari anda pada semua alat yang anda guna. Anda boleh menetapkan bilangan palet tanpa had, susun palet itu mengikut projek dan menyegerakkan semuanya merentasi Pastel untuk Mac, iPhone dan iPad.
Ini empat cara Pastel dapat meringkaskan sebarang proses kreatif pewarnaan malah yang paling rumit:
Seret rona antara app
Di dalam mana-mana app yang menggunakan pemilih warna macOS standard, anda boleh seret dan lepaskan terus dari Pastel. Tak perlu menyalin nilai heks lagi!
Dapatkan nilai warna dengan satu klik
Menyalin nilai warna kini lebih mudah: Control-klik di atas warna dalam Pastel, kemudian pilih format yang anda mahu: Hex, RGB, Float, UIColor atau SwiftUI. Petua pakar: Anda juga boleh Control-klik untuk menyalin nilai warna seluruh palet penuh.

Jadikan warna contoh
Untuk mencipta halaman warna contoh dengan cepat menggunakan setiap warna dalam sesuatu palet (termasuk nilai heks warna itu), pilih File > Export > Export Reference Card. Atau pilih Export Image untuk mencipta kad rujukan supaya anda dapat mengimport warna ke dalam app foto dan ilustrasi.

Cipta skema warna daripada imej
Suka warna di dalam foto atau ilustrasi tertentu? Seret fail tersebut ke dalam palet baharu dan Pastel akan mengalihkan warna dominan keluar secara automatik. Untuk menambah warna dari imej, seret penuding anda ke atas warna yang anda mahu, kemudian klik butang Add yang muncul.