PANDUAN MENDALAM

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Privasi App

Bahagian Privasi App merangkumi maklumat tentang jenis data yang mungkin dikumpulkan oleh pembangun atau rakan kongsi pihak ketiga semasa penggunaan app biasa, tetapi ia mungkin tidak menerangkan tentang semua amalan pembangun. Data yang dikumpulkan daripada anda juga mungkin berbeza daripada data yang dipaparkan di bahagian ini. Sebagai contoh, data yang dikumpulkan mungkin bergantung pada ciri yang anda gunakan, sama ada anda hanya menggunakan versi app berbayar atau anda seorang kanak‑kanak.

Selain itu, pembangun tidak dikehendaki untuk menyenaraikan data di bahagian ini apabila data yang dikumpulkan memenuhi semua kriteria berikut:

• Anda memberikan data pada app secara langsung dalam antara muka pengguna app.

• Nama atau nama akaun anda muncul dengan jelas bersama‑sama data yang anda serahkan.

• Penyerahan data adalah pilihan, bermaksud anda tidak perlu memberikan data untuk app dapat berfungsi.

• Anda bersetuju memilih untuk memberikan data setiap kali ia dikumpulkan.

• Pengumpulan data tidak berlaku secara kerap, yang bukan sebahagian daripada fungsi utama app.

• Data hanya digunakan untuk fungsi app, pemeribadian atau analitis dan bukan untuk menjejaki anda merentas app atau laman web atau untuk menunjukkan iklan kepada anda.

Untuk sesetengah app yang memudahkan perkhidmatan kewangan atau penyelidikan kesihatan, pembangun boleh memilih untuk tidak menyenaraikan data dalam bahagian Privasi App dalam keadaan berikut:

Data dikumpul oleh app yang memudahkan perkhidmatan kewangan terkawal dan:

• Pengumpulan data terkawal daripada anda adalah tidak diwajibkan dan hanya berlaku dalam kes yang bukan sebahagian daripada kefungsian utama app.

• Data yang dikumpul daripada anda dilindungi oleh notis privasi berdasarkan undang‑undang atau peraturan perkhidmatan kewangan atau perlindungan data berkaitan.

• Notis privasi menyatakan bahawa data anda tidak dikongsikan dengan pihak ketiga yang tidak berkaitan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan lain kepada anda.

• Data anda tidak dikaitkan dengan data pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan atau dikongsikan dengan broker data kecuali untuk tujuan penipuan atau apabila broker data merupakan agensi pelaporan pelanggan dan data dikongsi untuk tujuan pelaporan kredit.

Data yang dikumpulkan daripada anda tertakluk pada borang persetujuan termaklum yang telah anda persetujui sebagai sebahagian daripada kajian penyelidikan kesihatan yang telah disemak dan diluluskan oleh lembaga semakan berinstitusi atau lembaga semakan etika dan tidak digunakan untuk menjejak anda merentas app atau laman web.

Bahagian ini juga tidak termasuk maklumat tentang data yang dikumpulkan oleh sistem pengendalian peranti, yang tidak boleh diakses oleh pembangun. Data yang dikumpulkan dalam kes berikut diberikan kepada anda dalam pendedahan berasingan semasa anda menyediakan Akaun Apple, peranti dan perkhidmatan Apple yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang data yang dikumpulkan oleh pembangun dan cara penggunaannya, lihat dasar privasi pembangun.