

Pengajaran Lebih Dinamik
Keperluan dalam bilik darjah buat semua guru.
Menjadi seorang guru ialah tugas yang mendatangkan kepuasan dan pada masa yang sama cukup mencabar. Profesion ini memerlukan kreativiti yang tinggi untuk memastikan para pelajar kekal fokus dan membantu mereka untuk berjaya, tapi mujurlah dengan app-app seperti ini, menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang inovatif—sama ada secara perseorangan atau dari jarak jauh—menjadi lebih mudah.
Sama ada ia adalah cara yang terus untuk berkomunikasi dengan para pelajar dan ibu bapa, atau menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, app-app ini akan dapat membantu anda merangkul gelaran guru terbaik tahun ini.
Bermain dan belajar
Permainan ialah cara terbaik untuk membantu para pelajar mengasimilasikan konsep bersifat teori, terutama sekali apabila app ini mendorong mereka untuk belajar daripada kesilapan. Dengan Make It, anda boleh menyediakan permainan, aktiviti dan cerita atau ujian menyeronokkan dalam beberapa minit.
App ini membolehkan anda membuat pengkhususan kandungan pendidikan bagi setiap pelajar atau kumpulan pelajar untuk membantu mereka mendapat manfaat sepenuhnya semasa dalam kelas.

Uruskan kelas anda dengan peranti mudah alih anda
Jika meja anda sarat dengan folder, Additio boleh membantu anda membersihkan ruang. App yang praktikal dan intuitif ini dapat membantu anda menguruskan semua bilik darjah di satu tempat: anda boleh mengatur gred pelajar dalam format yang sesuai dengan anda, memasukkan senarai kehadiran pelajar dengan satu ketik atau merancang kandungan pembelajaran anda dengan mudah.
Mantap dan mudah digunakan, Additio akan menjadi app pilihan untuk mengatur kelas-kelas anda dengan lebih efisien.

Berhubung dengan para pelajar dan ibu bapa
ClassDojo ialah app terbaik untuk memastikan para pelajar anda kekal bersemangat… begitu juga ibu bapa mereka. Dengan app ini anda boleh menerbitkan sistem penilaian tersendiri untuk kelas-kelas anda (seperti memberi dan memotong markah dengan maklum balas masa nyata), hasilkan ikon-ikon menarik untuk para pelajar anda dan berkongsi maklumat relevan dengan ibu bapa mereka, agar mereka boleh menjejak prestasi anak mereka dan merasakan seperti berada dalam sebuah pasukan yang hebat.

Lupakan tentang kapur dan cuba Apple Pencil
Bayangkan sebuah papan putih yang anda boleh menambahkan video, audio, gambar dan yang paling penting, ia tidak akan hilang menjelang keesokan hari. Inilah ciri yang ditampilkan oleh Explain Everything Whiteboard: sebuah papan putih interaktif yang anda boleh gunakan untuk berhubung dengan kelas digital anda.
Anda juga boleh menggunakan app ini untuk berkongsi pembentangan dengan para pelajar dan menggalakkan mereka untuk menghasilkan pembentangan sendiri; app ini ialah alat yang hebat untuk menjadikan pengajaran anda lebih fleksibel, efektif dan menyeronokkan.
