TIP KEHIDUPAN

Anda kurang atau terlebih tidur?

Ketahui cara untuk anda menikmati tidur malam yang lebih baik.

Berapa lama anda tidur pada setiap malam? Jika, seperti kami, perkara pertama yang muncul dalam kepala anda adalah "tidak mencukupi", maka cadangan untuk tidur malam selama lapan jam kelihatan seperti sebuah fantasi yang mustahil.

Disebabkan kita semua mahu menikmati masa tidur yang lebih lama, adalah mudah untuk meyakinkan diri kita sendiri bahawa kita tidak mendapat tidur yang mencukupi. Namun bagaimanakah masa tidur anda berbanding orang lain? Terima kasih kepada Sleep Cycle, kini, kita semua boleh melihatnya.

Dengan hampir satu juta pengguna app penjejak tidur yang membuat keputusan untuk berkongsi statistik tidur harian mereka, adalah tidak mustahil untuk melihat perbandingan prestasi anda dengan orang lain di seluruh dunia apabila bercakap tentang tidur ayam. Atau adakah ia tidur kucing?

Sleep Cycle membantu anda memahami berapa lama masa tidur anda dengan tepat.

Secara global, jumlah purata masa yang dihabiskan untuk tidur pada setiap malam ialah tujuh jam 12 minit. Apa yang menarik, jumlah masa anda tidur adalah amat berbeza bergantung pada umur anda, negara asal anda dan jantina anda.

Dalam setiap negara di seluruh dunia, wanita tidur lebih lama, dengan jumlah purata masa selama tujuh jam 23 minit pada setiap malam. Itu bermaksud, wanita tidur 20 minit lebih lama pada setiap malam berbanding lelaki.

Walaupun dengan tidur yang kurang, waktu tidur yang lebih lewat dan waktu bangun tidur yang lebih awal, data Sleep Cycle menunjukkan bahawa lelaki cenderung untuk bangun dengan perasaan yang lebih gembira berbanding wanita. Menggunakan app ini untuk merekodkan angin mereka pada waktu pagi, 59% lelaki dilaporkan bangun pagi dengan perasaan gembira, tiga peratus lebih tinggi berbanding kaum wanita.

Selain menunjukkan fasa tidur malam anda, Sleep Cycle membenarkan anda merekod mood anda ketika bangun tidur.

Secara statistik, anda mungkin akan mendapat tidur yang kurang apabila anda berusia 40-an (maaf, orang tua), dengan purata setiap malam turun kepada tujuh jam sahaja, tetapi jika anda berusia 20-an, tahniah—inilah fasa anda akan mendapat tidur paling lama.

Mahu melihat prestasi tidur anda berbanding purata-purata ini? Dengan Sleep Cycle, anda hanya perlu meninggalkan iPhone anda di atas meja sisi katil pada waktu malam dan app ini akan menjejak tidur anda sepanjang malam sebelum mengejutkan anda pada waktu yang optimum pada waktu pagi.

Disebabkan kualiti tidur adalah sama penting dengan masa yang anda luangkan untuk tidur sejenak, app ini akan memberitahu anda berapa lama masa yang anda luangkan untuk tidur nyenyak yang memulihkan minda. Maafkan kami, kami perlu masuk tidur sekarang.