PANDUAN

Luaskan kemahiran Clash Royale

Bersedia untuk Perang Klan dengan tip-tip ini.

Clash Royale baru sahaja menjadi lagi kompetitif. Mod Perang Klan baharu dilancarkan hari ini dan serupa dengan namanya, ia menawarkan siri perlawanan individu antara suku yang bermusuhan dan hasilnya disuapkan ke dalam Liga Perang Klan yang baharu.

Masa dah tiba untuk bermain dengan serius. Kami mendapati tip-tip di bawah berguna semasa pertarungan sengit.

Pemikir

Pemikir (tank) seperti Golem dan P.E.K.K.A. bersaiz besar dan bergerak perlahan tetapi ialah unit berkuasa yang menyerap banyak serangan. Taktik yang biasa adalah untuk meletakkan mereka di belakang menara anda supaya anda melanjutkan masa sepanjang yang mungkin untuk menambah jumlah Elixir. Ini bermakna anda boleh menambah unit 'sokongan' pada serangan anda sambil ia berjalan merentas medan perang.

Gabungkan Golem bersama Inferno Dragon dan Mega Minion, contohnya, untuk kombinasi yang sukar dikalahkan. Jika musuh anda gagal menyerang balas dengan baik, habislah mereka.

Inferno Dragon (kiri) dan Golem (kanan) ialah kombinasi pihak bertahan yang kukuh.

Ganggu perhatian

Taktik menggunakan pihak bertahan di atas amat popular, tetapi terdapat cara untuk menangkis ancaman ini jika anda kerap menghadapinya. Golem sentiasa menuju ke unit bangunan terdekat, jadi letakkan Tombstone (dibuka kunci dalam Arena 2) di tengah-tengah Arena dan mereka akan bergerak menuju ke arah itu, yang memberikan anda lebih banyak masa untuk membunuhnya. Inferno Tower yang dibuka kunci setelah anda capai Arena 4 juga berguna untuk tujuan ini.

Ingin mengalahkan Golem? Tarik perhatiannya dengan Inferno Tower.

Serangan mengejut!

Ini kombinasi cepat untuk memegunkan musuh: Elite Barbarian (dibuka kunci dalam Arena 7) dan Hog Rider (Arena 4). Anda perlu menunggu untuk menambah sehingga 10 Elixir maksimum, tapi ia sering berbaloi.

Jika anda cuba membina menara tetapi kerap diganggu sementara unit anda janji kalah dalam pertempuran di sisi, letakkan sahaja dua kad ini pada masa yang sama dalam lorong satu lagi untuk serangan kejut. Mereka sangat laju dan boleh merobohkan Menara dalam hanya beberapa saat jika pesaing anda tidak bersedia.

Lancarkan kombinasi Hog Rider dan Elite Barbarian untuk serangan cepat.

Kejutkan dengan kuasa elektrik

Zap sentiasa dimasukkan dalam set pertarungan kami. Anda boleh membuka kuncinya setelah anda capai Arena 5 dan ia sangat berguna. Ia hanya menggunakan dua eliksir dan mengalahkan ramai musuh jenis 'kawanan' seperti Skeleton, Goblin, Minion, Bat, Fire Spirits dan banyak lagi. Ia berguna sebagai unit serangan juga. Jika anda menggunakan strategi pihak bertahan, ia boleh menamatkan serangan daripada musuh kawanan terhadap unit besar dan berkuasa anda.

Bersedia, bidik, Zap! Satu cuit dan Skeleton ini lenyap.

Kini, anda bersedia menyertai Perang Klan. Semoga berjaya!