Jika tulisan tangan anda lebih mirip dengan coretan doktor daripada gelungan elegan dalam catatan pada kad jemputan perkahwinan, sudah tiba masanya untuk anda mempelajari kemahiran baharu. Seni khat tidak mudah dikuasai, tetapi dengan pertolongan app mereka dan mengilustrasi seperti Procreate, ia kini lebih senang difahami oleh orang ramai.
Malah ramai jurukhat profesional telah meninggalkan berus dan pena tradisional mereka untuk menggunakan iPad Pro, Apple Pencil dan app seni yang versatil ini.
Pasangan jurukhat terkenal Honey Darko sudah menggunakan Procreate untuk lebih setahun. Kami berbual dengan mereka semasa acara kedai Today at Apple untuk membantu anda bermula menguasai penambahbaikan lanjut Procreate.
Belajar kemahiran asas, kemudian berlatih
"Seni khat memerlukan banyak latihan," ujar Sandra Ergin dari Honey Darko. "Apabila anda melihat garis nipis, anda akan lalu dari bawah ke atas. Sentuh permukaan dengan sangat halus hanya menggunakan hujung alat tulisan. Jika anda bergerak dengan lebih perlahan, ia biasanya menghasilkan garis yang lebih bersih. Ia bukan seperti menulis. Sebaliknya, ia lebih mirip dengan melukis bentuk. Hanya lapan bentuk mewakili keseluruhan sistem abjad."
Kuasai tangan yang menggigil
Latihan menghasilkan kesempurnaan. Namun, begitu juga beberapa daripada alat digital pintar yang ditawarkan dalam app artis popular ini. "Terdapat ciri dalam Procreate yang dipanggil Streamline (dijumpai di bawah 'stroke' dalam menu berus anda) yang mengemaskan semua baris goyah yang biasa dilakukan oleh tangan kita," kata pasangan Honey Darko, Funda Tazedal.
"Sudah tentu anda tidak boleh melakukannya dengan pen berus biasa. Anda perlu berlatih bertahun-tahun sehingga tabiat itu hilang. Walaupun kami sudah mengamalkan seni ini untuk masa yang lama, ia juga masih membantu."
Kerja dengan baris grid digital
Mahukan tulisan yang beralir lancar secara semula jadi? Anda akan memerlukan asas yang kukuh untuk bekerja. "Menggunakan lembaran panduan, iaitu templat yang boleh dimuat turun dan diimport ke dalam Procreate untuk menekap, sangat membantu," jelas Ergin. "Anda juga boleh berlatih dalam Procreate. Cara termudah adalah untuk mencubit ke bawah menggunakan berus garis grid yang kami cipta dan boleh dimuat turun secara percuma, kemudian menarik keluar. Anda boleh mengunci lapisan ini, mencipta lapisan baharu untuk menulis di atasnya dan membuangkan lapisan garis grid apabila anda selesai."
Jangan takut buat semula, namun jangan padam semua
Kesalahan sudah tentu akan berlaku. Tetapi Procreate boleh mengurangkan kesan kesalahan ini, malah menjadikannya pengalaman untuk belajar. "Jika anda membuat kesalahan, ketik dengan dua jari untuk batalkan. Anda juga boleh membuat semula sesuatu dengan mengetik menggunakan tiga jari," nasihat Ergin. "Jika anda sedang melakukan kerja yang rumit dan anda membuat kesalahan, ketik sahaja dan kesalahan itu akan hilang. Jika anda melakukan seni khat tradisional, anda perlu memulakan semuanya semula."
"Ketika berlatih, jangan padamkan apa-apa. Walaupun anda rasa kemahiran anda tidak bertambah baik, jika anda kembali selepas beberapa minggu, anda dapat melihat kemajuan anda."
Tambah kedalaman pada karya anda
Procreate bukan sahaja baik untuk menguasai seni khat moden. Anda juga boleh menggunakan pilihan menu yang luas di dalam app ini untuk menambahbaik tulisan kursif anda.
"Setelah anda melukis sesuatu, anda boleh menduplikasikan lapisan itu untuk mencipta bayang jatuh," kata Ergin. "Lapisan bayang baharu ini semestinya perlu diletakkan di bawah lapisan tulisan huruf supaya anda boleh memilih dan mengalihkannya. Anda kemudian boleh menukar saiznya dan membawakannya turun mengikut arah yang anda mahu untuk sumber cahaya. Dari situ, anda boleh menambah kekaburan Gaussan dari menu pelarasan untuk melengkapkan gaya penampilan anda. Ia mudah sahaja."
Procreate tersedia untuk dimuat turun pada iPad.
Untuk versi iPhone, terdapat Procreate Pocket.
